Majlis Apresiasi Usahawan Yayasan Usaha Maju Cawangan Sandakan telah diadakan pada 20 Julai 2024 bertempat di Sabah Hotel, Sandakan.  Majlis tersebut dihadiri seramai 170 orang ahli YUM termasuk suami, anak ahli dan kakitangan YUM Cawangan Sandakan.

Antara objektif program ini diadakan adalah seperti berikut:-

  1. Penghargaan kepada ahli dan Usahawan YUM
  2. Mengeratkan hubungan antara ahli dan kakitangan YUM
  3. Membudayakan nilai-nilai integriti dikalangan ahli dan kakitangan
  4. Melahirkan Usahawan berkaliber
  5. Melaksanakan publisiti program YUM

Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan YUM Tuan Roseli Bin Sindong. Pelbagai acara telah diadakan antaranya persembahan dari penari jemputan khas, penyampaian Anugerah Khas YUM, cabutan nombor bertuah dan persembahan hiburan. Berikut adalah senarai penerima Anugerah Khas YUM.

Anugerah Penerima
Pusat Cemerlang
Pusat Slipway (K)
Usahawan Terbaik
1. Jasmawati Binti Hakim (Pusat Batu Putih 3)
2. Rosni Binti Marcilo (Pusat Labuk Jaya)
3. Ruboini Binti Wasli@Robaineh (Pusat Gum-Gum 16)
4. Salbiah Binti Juhari (Pusat Labuk Jaya)
5. Syam Sinar Binti Rahman (Pusat Batu Putih 3)
Ahli Setia
1. Nahira Binti Utong (Pusat Banting)
2. Fatimah Binti Mawit (Pusat Taman Fajar)
Ahli Aktif
1. Hamidah Binti Abu Samah (Pusat Kg. Bahagia Batu 10)
2. Suriyati Binti Sara (Pusat Taman Mesra)

Selain itu, Majlis Apresiasi Usahawan YUM Cawangan Sandakan tersebut mendapat liputan media RTM1 dan akhbar tempatan lain. Ini merupakan pendekatan YUM Cawangan Sandakan untuk menarik minat masyarakat setempat dan peniaga-peniaga kecil di seluruh kawasan Sandakan.

Kehadiran Pengarah Urusan YUM ke Majlis Apresiasi Usahawan YUM Cawangan Sandakan bertempat di Sabah Hotel, Sandakan.
Tuan Roseli Bin Sindong Pengarah Urusan YUM telah merasmikan Majlis Apresiasi Usahawan YUM Cawangan Sandakan
Pn. Helda Bai Pengerusi JKePYUM Cawangan Sandakan dan merangkap Pengerusi bersama penganjuran Majlis Apresiasi Usahawan YUM Cawangan Sandakan
Ucapan alu-aluan oleh En. Abdul Rasdizal Bin Abdul Rasid Pengurus YUM Cawangan Sandakan
Pembacaan Ikrar Ahli YUM yang diketuai oleh Pn. Raina Binti Dereskan dari Pusat Banting Sandakan
Hanya seramai 25 orang Ketua Pusat yang hadir menerima Anugerah Dedikasi Ketua Pusat yang telah disampaikan oleh Pengurus Cawangan Sandakan
Upacara perasmian Majlis Apresiasi Usahawan YUM Cawangan Sandakan oleh Tuan Roseli Bin Sindong Pengarah Urusan YUM
Penyampaian Anugerah Pusat Cemerlang kepada Pusat Slipway oleh Tuan Roseli Bin Sindong Pengarah Urusan YUM
Penerima Anugerah Usahawan Cemerlang YUM Cawangan Sandakan yang disampaikan oleh Pengarah Urusan YUM
Anugerah Ahli Setia YUM Cawangan Sandakan yang disampaikan oleh Pengurus Kawasan Sandakan
Anugerah Ahli Aktif YUM yang disampaikan oleh Pengurus Kawasan Sandakan
Persembahan aneka tarian dari Penari Taman Murni dan Ahli Pusat Kuala Gum-Gum Baru
Sesi wawancara oleh media RTM Sandakan dan wartawan tempatan dengan Pengurus Cawangan YUM Sandakan
Sesi bergambar bersama Pengarah Urusan dan para hadirin ke Majlis Apresiasi Usahawan YUM Cawangan Sandakan