Majlis Makan Malam Ahli-ahli dan kakitangan Yayasan Usaha Maju (YUM) Cawangan Semporna telah diadakan pada 11 Ogos 2023 bertempat di Anjung D’Samudera Seafood Restaurant, Semporna dengan penuh ceria dan gemilang.

Majlis tersebut dihadiri seramai 151 orang ahli YUM termasuk suami, anak ahli dan kakitangan YUM Cawangan Semporna.  Antara objektif program ini diadakan adalah seperti berikut:-

  • Memberi pengalaman yang baru dan berguna kepada setiap AJK pelaksana dan ahli.
  • Mengeratkan hubungan antara ahli dan kakitangan
  • Menanam sifat kepimpinan dan tanggungjawab dalam menjayakan pogram 

Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan YUM Tuan Roseli Bin Sandong.  Pelbagai acara telah diadakan antaranya persembahan dari Ketua-Ketua Pusat, penyampaian Anugarah Anugerah Khas YUM, cabutan nama bertuah, hadiah misteri, persambahan hiburan dan pertandingan Ratu Bollywood.  Berikut adalah senarai penerima Anugerah Khas YUM :-

ANUGERAH

PENERIMA

Pusat Cemerlang

Pusat Wanita Perkasa

Ketua Pusat Cemerlang

i. Pn. Yani Binti Mohammad (Pusat Wanita Perkasa)

ii. Pn. Aulia Binti Ibnu Hassim (Pusat Wanita Sinar Putri)

iii. Pn. Rupinah Binti Niamatullah (Pusat Menteritip)

iv. Pn. Suzainah Binti Jalilul (Pusat Bubul Maju)

Usahawan Cemerlang

Pn. Norsahaya Binti Sariol (Pusat Sinar Puteri)

Ahli Setia

i. Maridah Binti Abd. Kata (Pusat Hawa)

ii. Pn. Esnia Binti Jsulan (Pusat Senag Hati)

Sesuai dengan tema Bollywood dalam Majlis Makan ini, penganjur telah mengadakan pertandingan Ratu Bollywood. Setelah diadili oleh pengadil yang berwibawa maka semua hakim sebulat suara memilih iaitu ;

Johan

Pn. Faridah Binti Usop dari Pusat Wanita Berkat

Naib Johan

Pn. Masnih Binti Inil dari Pusat Miramas 2

Tempat Ketiga

Pn. Rohani Binti Manurat dari Pusat Timbayan Maju

Encik Roseli Bin Sindong Pengarah Urusan YUM telah merasmikan Majlis Makan Ahli YUM Cawangan Semporna
Puan Aulia Binti Ibnu Hassim Pengerusi JKePYUM Cawangan Semporna
Penerima Anugerah Khas bergambar bersama-sama dengan Pengarah Urusan YUM
Pengarah Urusan YUM menerima cenderahati daripada Pengerusi JKePYUM Cawangan Semporna
Ahli YUM Cawangan Semporna bergambar dengan Pengarah Urusan YUM pada malam tersenbut
Pemenang Pertandingan Ratu Bollywood dengan hadiah masing-masing