Kelayakan Meminjam

Syarat am
- Warganegara Malaysia dan memiliki Kad Pengenalan.
- Berumur 18 tahun hingga 59 tahun.
- Mempunyai pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00.
- Mendapat persetujuan suami/penjaga (kecuali ibu tunggal).
Peraturan Pinjaman
- Menganggotai Pusat (Pusat adalah unit pentadbiran diperingkat Ahli/Peminjam).
- Menghadiri setiap Mesyuarat Pusat (MP)yang diadakan pada setiap minggu.
- Membayar Caj Pengurusan (CP) yang ditetapkan.
- Menyumbang ke dalam Tabung Kecemasan mengikut kadar yang ditetapkan.
- Mematuhi Peraturan YUM yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa.