YAYASAN USAHA MAJU

      usahamaju@yumsabah.com.my       Telefon: (+60)88-251401         Faks: 088-254402 / 254403

Portal Rasmi

YAYASAN USAHA MAJU
Dasar Pinjaman

DASAR PINJAMAN



Aktiviti utama YUM adalah menyediakan perkhidmatan Kredit Micro berasaskan model Bank Grameen, Bangladesh yang disesuaikan dengan keadaan di Malaysia khususnya di Sabah. Kumpulan sasar YUM ialah para wanita tunggal yang terdiri dari surirumah, ibu tunggal, peniaga kecil-kecilan, petani, penternak, nelayan dan usahawan kecil yang memerlukan modal bagi mengusahakan kegiatan-kegiatan ekonomi yang akan menjana pendapatan. Konsep pengoperasian program kredit mikro YUM adalah memfokuskan kepada kumpulan sasar miskin tanpa penjamin; tanpa cagaran; dan mengutamakan tanggungjawab berkumpulan (collective responsibility)



Pinjaman hanya diberikan untuk warganegara Malaysia.

Keutamaan pinjaman adalah untuk golongan miskin tegar dan miskin.

Keutamaan pinjaman adalah untk wanita berumur 18 hingga 59 tahun.

Pinjaman TIDAK dikenakan cagaran dan penjamin.

Pinjaman DIKENAKAN caj pengurusan.


New{title}