Cawangan Beluran telah beroperasi sejak tahun 1990 dan digabungkan dengan Cawangan Sandakan pada Mei 2003 lalu dibuka semula pada Mei 2006. Pusat awal yang ditubuhkan pada Julai 1990 ialah Pusat Sungai-Sungai manakala pusat yang ditubuhkan semasa pembukaan semula pada tahun 2006 ialah Kg. Muanad 1 dan Keramat. Kawasan Operasi meliputi sekitar daerah Beluran iaitu 32 buah kampung di DUN N40 Labuk dan 3 buah kampung yang terletak di DUN N41 Gum-gum.