Koperasi Yayasan Usaha Maju Sabah Berhad (KO-YUM Sabah Berhad) telah menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Tertutup Yayasan Usaha Maju pada 04 Julai 2026 di Gelanggang Bola Tampar, Perpustakaan Negeri Sabah.
Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Roseli bin Sindong, Pengarah Urusan YUM merangkap Penasihat KO-YUM Sabah Berhad yang telah memberikan sokongan penuh terhadap penganjuran kejohanan ini. Turut hadir bagi memeriahkan lagi program ini ialah Puan Sahrini binti Sahat, Timbalan Pengarah Urusan (Pengurusan) dan Puan Ummy Deeyanna Aliasgar, Pengerusi KO-YUM Sabah Berhad.
Objektif program ini adalah wadah untuk menimba semangat kerjasama, kesepakatan serta penerapan nilai-nilai murni terutama dalam membentuk warga YUM yang harmoni dan cemerlang. Di samping itu dapat memupuk semangat kesukanan, mencungkil bakat baharu, menggalakkan gaya hidup sihat dan mengeratkan silaturahim di kalangan kakitangan dan pengurusan YUM.
Kejohanan ini telah disertai seramai 8 pasukan iaitu daripada Ibu Pejabat, Kawasan Kudat, Kawasan Barat Utara, Kawasan Barat Selatan, Kawasan Pedalaman Bawah, Kawasan Pedalaman Atas, Kawasan Sandakan dan Kawasan Tawau.
Kawasan Sandakan muncul sebagai juara, manakala Naib Johan dimiliki oleh Kawasan Pedalaman Bawah dan tempat ketiga dimenangi oleh Kawasan Barat Utara.
Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Tuan Roseli bin Sindong, Pengarah Urusan YUM merangkap Penasihat KO-YUM Sabah Berhad.

Tuan Roseli bin Sindong sedang menyampaikan ucapan alu-aluan dan menyempurnakan perasmian Kejohanan Bola Tampar Tertutup YUM

Puan Ummy Deeyanna Aliasgar menyampaikan Cendera Kenangan kepada Tuan Roseli bin Sindong


Gambar kenangan para pemain bersama Tuan Roseli bin Sindong sempena Kejohanan Bola Tampar Tertutup YUM

Pengarah Urusan YUM menyampaikan hadiah kemenangan kepada Kawasan Sandakan kerana telah menjuarai Kejohanan Bola Tampar Tertutup YUM

Naib Juara dimiliki oleh Kawasan Pedalaman Bawah

Tempat Ketiga dimenangi oleh Kawasan Barat Utara
