
Sempena Karnival Sukan Kementerian Kewangan Negeri Sabah (KSMOF) kali ke-11 tahun 2024, Yayasan Usaha Maju (YUM) turut mengambil bahagian dalam menyertai kesemua acara sukan yang dipertandingkan bermula 20 April 2024 sehingga 22 Jun 2024.
YUM yang dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi KSMOF kali ke-10 tahun 2019, tidak dapat mengekalkan kejuaraan pada tahun ini dengan hanya menduduki tempat ke-4 secara keseluruhan. Juara bagi tahun 2024 dinobatkan kepada Jabatan Bendahari Negeri Sabah (JBNS) dengan membawa pulang piala pusingan kejuaraan.
Sebanyak 12 pasukan yang berentap dalam karnival kali ini iaitu Saham Sabah Berhad, Sabah Air Aviation Sdn Bhd, Sabah Development Bank Berhad, Sabah Credit Corporation, Jabatan Bendahari Negeri Sabah, Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Borneo Development Corporation (Sabah) Sdn Bhd, Qhazanah Sabah Berhad, SAFMA, Progressive Insurance Bhd, Desa Group dan Yayasan Usaha Maju.
Berkat sokongan padu para penyokong, pasukan YUM dapat mengungguli tempat pertama dalam perlawanan Bola Tampar (berkumpulan) dan menduduki tempat kedua dan ketiga dalam acara sukan Karom (berkumpulan) dan eSport (berkumpulan). Syabas dan tahniah kepada semua peserta dan wakil dari YUM yang telah bertungkus lumus memastikan kejayaan pasukan masing-masing. Terima kasih kepada semua penyumbang dan penderma serta setinggi-tinggi penghargaan kepada Koperasi Yayasan Usaha Maju (KOYUM) atas sumbangan dana bagi memastikan kejayaan penyertaan YUM pada KSMOF kali ini.
Semoga semangat kesukanan dan silaturrahim yang dijalinkan sepanjang berlangsungnya karnival ini dapat dikekalkan sampai bila-bila.
Bil.
|
Sukan
|
Tarikh
|
Tempat
|
Penganjur
|
Pencapaian
|
---|---|---|---|---|---|
1
|
Boling (Berkumpulan)
|
20 April 2024
|
CPS Bowl, KK
|
JBPN dan DESA Group
|
Tempat Kelima
|
2
|
eSport (Berkumpulan)
|
27 April 2024
|
Lobi Wisma Tun Fuad Stephen, KK
|
SDB
|
Tempat Ketiga
|
3
|
Futsal (Lelaki & Wanita)
|
18 Mei 2024
|
Arena Futsal, Kompleks Sukan YS, KK
|
MOF dan SAFMA
|
Peringkat Kumpulan
|
4
|
Karom (Berkumpulan)
|
22 Mei 2024
|
Dewan Serbaguna, WPS
|
YUM, Saham Sabah Berhad dan Tabin Wildlife
|
Tempat Kedua
|
5
|
Dart (Berkumpulan
|
22 Mei 2024
|
Dewan Serbaguna, WPS
|
YUM, Saham Sabah Berhad dan Tabin Wildlife
|
Peringkat Kumpulan
|
6
|
Bola Tampar (Berkumpulan)
|
25 Mei 2024
|
Kompleks Sukan Likas
|
Qhazanah Sabah Berhad
|
Johan
|
7
|
Badminton (Berkumpulan)
|
08 Jun 2024
|
Juara Badminton Arena, Putatan
|
Sabah Credit Corporation
|
Peringkat Kumpulan
|
8
|
Ping Pong (Berkumpulan)
|
15 Jun 2024
|
SB Ping Pong, Sunny Garden, KK
|
Sabar Air Aviation Sdn Bhd
|
Suku Akhir
|
9
|
Sukaneka
|
22 Jun 2024
|
Kompleks Sukan Likas
|
BDC dan SMM
|
Tempat Ketiga
|
SUKAN BOLING







SUKAN eSPORT




SUKAN FUTSAL LELAKI DAN WANITA




SUKAN DART DAN KAROM






SUKAN BOLA TAMPAR




SUKAN BADMINTON

SUKAN PING PONG




SUKANEKA





