Cawangan Kudat mula beroperasi pada hujung tahun 1989 ketika era Projek Usahamaju. Kakitangan pertama di cawangan ini ialah Pn. Noraidah Saidin dan En. Appolonius Sitiol. Pejabat pada ketika itu terletak di Taman Pakka, Kudat dan menjadi cawangan penuh pada bulan April 1990 dengan kakitangan seramai 4 orang. Pusat pertama yang ditubuhkan ialah Pusat Masangkong. Pada tahun 1992, Cawangan Kudat dan Cawangan Matunggong telah digabungkan menjadi Cawangan Kudat. Kawasan operasi meliputi DUN N2 Tanjung Kapur dan N4 Matunggong. Pada masa kini, cawangan ditadbir oleh En. Nobeen Manggong dan dibantu oleh 5 orang kakitangan. Pinjaman terawal telah diserah pada Mac 2009 kepada Pn. Selius Suan dan Pn. Mongunsiyak Masagid sebanyak RM1,000 seorang.
LOKASI PEJABAT: Tingkat 3, Bangunan Urusetia, P/S 493, 89058 Kudat.