Tabung Kecemasan

Tabung Kecemasan berfungsi untuk melindungi peminjam dan pinjaman sekiranya ditimpa musibah seperti kematian, kemalangan, sakit, kegiatan atau/dan rumah musnah akibat kebakaran. Setiap peminjam akan menyumbang sejumlah kecil daripada jumlah pinjamannya kepada Tabung Kecemasan. Terdapat 5 Skim Perlindungan yang disediakan:-
i) Skim Perlindungan terhadap kematian.
♦ Benifisiari : Peminjam dan Suami peminjam.
♦ Skop: Kematian peminjam/ suami.
ii) Perlindungan terhadap kehilangan keupayaan fizikal secara kekal.
♦ Benifisiari: Peminjam dengan Suami peminjam.
♦ Skop: Kehilangan upaya secara kekal
iii) Perlindungan terhadap Kebakaran
♦ Benifisiari: Peminjam
♦ Skop: Kegiatan/premis dan rumah peminjam
iv) Khairat Kematian (Bantuan belanja Pengkebumian)
♦ Benifisiari: Peminjam, suami dan anak
♦ Skop: Kematian
v) Bantuan/Elaun masuk Wad Hospital
♦ Benifisiari: Peminjam dan suami
♦ Skop: Sakit