KUNJUNGAN HORMAT SABAH SKILLS & TECHNOLOGY CENTRE (SSTC) KEPADA YAYASAN USAHA MAJU

KUNJUNGAN HORMAT SABAH SKILLS & TECHNOLOGY CENTRE (SSTC) KEPADA YAYASAN USAHA MAJU

Yayasan Usaha Maju (YUM) telah menerima kunjungan hormat daripada Skills & Technology Centre (SSTC) pada 04 November 2026 di Pejabat Pengarah Urusan YUM. Kunjungan ini telah diketuai oleh Encik Muhammad Raziff bin Murashid, Pengurus Kerjasama Strategik dan Libat Urus (Kerajaan dan Industri) dan Puan Flory Victoria Matius, Eksektutif Kerjasama Strategik dan Libat Urus (Kerajaan dan Industri). Kunjungan ini telah disambut oleh En. Roseli bin Sindong, Pengarah Urusan YUM yang turut disertai oleh Puan Sahrini binti Sahat, Timbalan Pengarah Urusan (Pengurusan), En. Jasni Sanggul, Penolong Pengarah Urusan (Pinjaman), Encik Zakiron Kulim, Pengurus Perancangan dan Penilaian dan Encik Ag. Yaccub Ag. Jali, Pengurus Pentadbiran dan Korporat.

Dalam kunjungan tersebut, Encik Muhammad Razif bin Murashid telah memberi taklimat ringkas iaitu pengenalan, fungsi, visi, misi dan perkhidmatan yang disediakan. Dalam masa yang sama, Pengarah Urusan YUM juga telah menerangkan secara ringkas penubuhan YUM dan disusuli dengan tayangan video pengenalan dan fungsinya. Kedua-dua pihak berbincang untuk berkolaborasi dan bekerjasama pada masa akan datang bagi tujuan mempromosikan hasil keluaan produk usahawan YUM dan pihak SSTC akan memberi khidmat kemahiran yang disediakan.

Semoga dengan pertemuan dan kunjungan ini dapat merapatkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak seterusnya membuahkan hasil positif sesuai dengan fokus dan objektif masing-masing.

Pihak SSTC menyampaikan taklimat ringkas pengenalan, fungsi, visi, misi dan perkhidmatan yang disediakan

Pengarah Urusan YUM menyampaikan taklimat ringkas dan tayangan video mengenai YUM kepada pihak SSTC

Perbincangan di antara YUM dengan SSTC

En. Muhammad Raziff bin Murashid telah menyampaikan cenderamata kepada Pengarah Urusan YUM

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *