Yayasan Usaha Maju (YUM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Ibrahim bin Terki, Pegawai Daerah Tuaran pada 07 Ogos 2026 di Pejabat Daerah Tuaran. Kunjungan ini telah diketuai oleh Tuan Roseli bin Sindong, Pengarah Urusan YUM yang turut disertai oleh Puan Sahrini binti Sahat (Timbalan Pengarah Urusan (Pengurusan), Tuan Jasni Sanggul, Penolong Pengarah Urusan (Pinjaman), Tuan MD Syazwan Afendy bin Tajudin, Penolong Pengarah Urusan (Kewangan dan Akaun), Puan Salumie Kundahal, Pengurus Pentadbiran dan Korporat dan Puan Regina Queck, Pengurus Cawangan YUM Tuaran.
Dalam kunjungan tersebut, Pengarah Urusan YUM telah memberi taklimat ringkas berkenaan fungsi dan peranan YUM dan seterusnya membincangkan cadangan merangka dan menyelaras penubuhan Tamu YUM di daerah Tuaran yang bertujuan bagi menyediakan ruang pemasaran hasil-hasil produk yang dikeluarkan oleh usahawann tempatan dan ahli YUM.
Semoga dengan pertemuan ini dapat menguatkan lagi hubungan kedua-dua pihak seterusnya dapat sehaluan dalam gerak kerja yang dirancang untuk peningkatan sosioekonomi di daerah Tuaran.

Tuan Ibrahim bin Terki, Pegawai Daerah Tuaran sedang menyampaikan Cendera Kenangan kepada Tuan Roseli bin Sindong, Pengarah Urusan YUM yang turut disaksikan oleh beberap pegawai dari kedua-dua pihak.
