Jawatankuasa Ketua-ketua Pusat Yayasan Usaha Maju (JKePYUM) Cawangan Lahad Datu dengan kerjasama kakitangan Cawangan Lahad Datu telah menganjurkan Majlis Apresiasi dan Makan Tengahari Yayasan Usaha Maju Cawangan Lahad Datu pada 05 September 2026 bertempat di Golden Velvet Ballroom, Lahad Datu.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan di atas komitmen, sokongan dan kesetiaan ahli kepada Yayasan Usaha Maju. Seramai lebih kurang 160 orang yang terdiri daripada ahli dan kakitangan YUM Cawangan Lahad Datu telah menghadiri majlis tersebut.
En. Roseli bin Sindong, Pengarah Urusan YUM telah berbesar hati merasmikan majlis tersebut. Turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis berkenaan ialah Pn. Sahrini binti Sahat, Timbalan Pengarah Urusan (Pengurusan), En. Jasni Sanggul, Penolong Pengarah Urusan (Pinjaman), Cik Daisy Livinu, Pengurus Pembangunan Usahawan, Pn. Manisa binti Lado, Pengurus Kawasan Tawau, En. Asni Abd. Kadir, Pengurus Cawangan Lahad Datu, En. Manan Abdul Mahmud, Pengurus Cawangan Tawau, En. Nordin Samang, Pengurus Cawangan Kunak dan En. Sufri Ag. Ahmad, Pengurus Cawangan Semporna.
Pelbagai acara telah diadakan pada majlis tersebut seperti penyampaian anugerah Penyelia Pinjaman Cemerlang, Pusat Cemerlang, persembahan nyanyian, cabutan bertuah dan pakaian tercantik. Majlis ini telah diakhiri dengan jayanya pada jam 03.00 petang.


Pengarah Urusan YUM menyampaikan ucapan perasmian pada majlis tersebut

Acara memotong kek bagi simbolik perasmian majlis

Pengurus Cawangan Lahad Datu menyampaikan cenderamata kepada Pengarah Urusan YUM

Pengarah Urusan YUM menyampaikan hadiah kepada penerima Anugerah Penyelia Pinjaman Cemerlang

Pengarah Urusan YUM menyampaikan hadiah kepada penerima Anugerah Pusat Cemerlang

Pemenang pertandingan Queen of Elegance

Pemenang Cabutan Bertuah bagi hadiah utama

Gambar kenangan Pengurusan YUM bersama kakitangan Cawangan Lahad Datu

Gambar kenangan Pengarah Urusan YUM bersama tetamu yang hadir
