Carta Agihan Pinjaman ini adalah berdasarkan kepada pengagihan pinjaman mengikut sektor ekonomi di negeri Sabah. Sektor Perdagangan merupakan sektor terbesar yang melibatkan pengagihan pinjaman sebanyak RM270.88 Juta (52%) diikuti oleh sektor pertanian dan perhutanan sebanyak RM138.95 Juta (27%). Dua sektor ini merupakan sektor ekonomi yang begitu aktif dikalangan ahli YUM di negeri Sabah.