YAYASAN USAHA MAJU

      usahamaju@yumsabah.com.my       Telefon: (+60)88-251401         Faks: 088-254402 / 254403

Portal Rasmi

YAYASAN USAHA MAJU

Soalan Lazim (FAQ)

1.    Apakah syarat-syarat untuk menjadi ahli YUM?

1.1    Warganegara Malaysia dan bermastautin di Sabah
1.2    Berumur 18 – 59 tahun
1.3    Pendapatan kasar Isirumah tidak melebihi RM4,000 sebulan
1.4    Menyertai Pusat yang berdekatan dengan tempat tinggal
1.5    Bukan seorang Muflis 


2.    Apakah itu Pusat?

Perkumpulan ahli yang terdiri daripada 5 – 35 orang ahli YUM yang bertujuan mewujudkan kerjasama dan pengawasan di kalangan mereka. 


3.    Bagaimana saya boleh menyertai Pusat?

Bakal  ahli  boleh  bertanya  dengan  Pejabat  Cawangan,    Pusat  YUM  yang  berdekatan  dengan tempat tinggal bakal peminjam. Bakal peminjam perlu bertemu dengan ahli-ahli Pusat untuk menyatakan hasrat menyertai Pusat mereka. Kemasukan bakal ahli ke Pusat adalah bergantung kepada persetujuan semua ahli Pusat. 


4.    Bolehkah saya membentuk Pusat sendiri?

Ya. Syarat pembentukan Pusat adalah :

4.1    Bilangan ahli sekurang-kurangnya 5 orang.
4.2    Semua ahli berkenalan antara satu sama lain.
4.3    Memenuhi syarat menjadi ahli.
4.4    Bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Pusat.
4.5    Bersetuju menjalani Taklimat Wajib 


5.    Apakah itu Mesyuarat Pusat ( MP )?

Perjumpaan mingguan semua ahli Pusat pada satu masa, hari dan tempat yang dipersetujui oleh semua  ahli  Pusat.  Semua  aktiviti  pinjaman  seperti  membincangkan  cadangan  pinjaman,
 
penyerahan pinjaman dan pembayaran pinjaman dilakukan di MP. Tempoh MP adalah antara
30 minit – 1 jam. Seorang kakitangan YUM akan menghadiri setiap MP.


6.    Apakah itu Taklimat Wajib?

Ceramah ringkas tentang program pinjaman YUM yang diberikan kepada bakal ahli untuk membolehkan mereka memahami dengan jelas peraturan dan tatacara pinjaman YUM. Ianya dilakukan 1 jam sehari untuk selama 3 hari.


7.    Berapakah jumlah pinjaman yang boleh saya pinjam?

YUM mempunyai beberapa produk pinjaman yang menawarkan pinjaman antara RM500 – RM100,000. Kelulusan pinjaman bergantung kepada potensi kegiatan yang dicadangkan, persetujuan ahli Pusat, prestasi pembayaran dan disiplin pada pinjaman awal ( bagi peminjam kali kedua dan seterusnya)


8.    Berapa lamakah kelulusan pinjaman YUM?

Setelah pinjaman diluluskan oleh Pusat, pinjaman akan diluluskan dalam tempoh antara 7 – 14 hari.


9.    Apakah peraturan pembayaran YUM.

Pinjaman YUM dibayar secara mingguan iaitu 50, 100, 150, 200 dan 250 minggu. Pembayaran pertama bermula 2 minggu selepas menerima pinjaman.


10.    Berapakah faedah yang dikenakan oleh YUM?

YUM tidak mengenakan faedah ke atas pinjaman tetapi Caj Pengurusan pada kadar 9% setahun. 


11.    Apakah akan terjadi jika ahli tidak dapat membayar balik pinjaman

Semua pinjaman perlu mendapat persetujuan dan sokongan ahli Pusat sebelum pinjaman diserahkan. Oleh itu jika ahli tidak dapat membayar maka ahli Pusat yang lain akan bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman tersebut. 


12.    Apakah akan terjadi sekiranya kegiatan gagal?

Permohonan pinjaman akan disiasat dengan teliti oleh kakitangan YUM untuk mengurangkan risiko  kegagalan  kegiatan.  Jika  kegiatan  gagal  kerana  musibah  seperti  kabakaran,  banjir, penyakit dan sebagainya maka pelabagai langkah boleh diambil seperti penangguhan pembayaran,   penjadualan   semuala   dan   juga   terdapat   pinjaman   pemulihan.   Sekiranya memenuhi syarat, kegiatan yang gagal dilindungi oleh Tabung Kecemasan.


13.    Apakah itu Tabung Kecemasan.

Tabung Kecemasan ialah satu tabung insuran yang berfungsi untuk melindungi pinjaman sekiranya peminjam ditimpa musibah seperti kematian, kemalangan, sakit, kegiatan musnah kerana kebakan atau kebakaran rumah. Setiap peminjam akan menyumbang sejumlah kecil daripada jumlah pinjamannya kepada Tabung Kecemasan.