PENGENALAN
Cawangan Penampang pada mulanya dibuka pada tahun 1990 dengan nama Cawangan Moyog. Pejabat cawangan pada ketika itu terletak di Kg. Nampasan, Penampang. Pada tahun 1993, Cawangan Penampang telah digabungkan dengan Cawangan Kota Kinabalu. Bagaimanapun, pada 15 Oktober 2009, cawangan ini telah dipisahkan semula daripada Cawangan Kota Kinabalu dengan tujuan untuk mengukuhkan pentadbiran dan pengurusan pusat-pusat YUM terutama di kawasan N20 Moyog dan N18 Petagas. Pejabat Cawangan Penampang sekarang terletak di Pekan Donggongon. Pengurus Cawangan pada masa kini ialah En. Ag. Yaccub Ag. Jali.
Sejak Cawangan Penampang dibuka semula pada 15 Oktober 2009, pusat pertama yang berjaya ditubuhkan ialah Pusat Mahandoi iaitu pada 10 Disember 2009. Pusat ini berada di dalam kawasan N20 Moyog.