Skim Pinjaman Pendidikan

PENDAHULUAN
Skim Pinjaman Pendidikan (SPPD) adalah satu produk pinjaman yang ditawarkan kepada ahli-ahli YUM bagi membiayai kos-kos pendidikan yang tidak diliputi oleh pihak kerajaan di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi.
KUMPULAN SASAR
Kumpulan sasar ialah Ahli/peminjam sedia ada YUM yang telah melepasi pinjaman pertama Skim Pinjaman Am (SPA).
KELAYAKAN PEMOHON
- Berumur tidak melebihi 59 tahun semasa permohonan pinjaman.
- Kadar rekod bayaran balik semasa pinjaman yang baik.
- Memenuhi syarat pinjaman berkembar.
- Mempunyai kemampuan kewangan yang baik.
- Pusat mempunyai rekod bayaran balik pinjaman yang cemerlang.
- Mendapat sokongan pusat.
- Kadar kehadiran Mesyuarat Pusat (MP) sekurang-kurangnya 85%
- Perniagaan masih berjalan dan mempunyai disiplin kredit yang baik.
- Pemohon hanya boleh memilih salah satu jenis pinjaman di bawah program peningkatan kualiti hidup dalam satu-satu masa.
JUMLAH PINJAMAN
Jumlah pinjaman adalah antara RM300.00 hingga RM3,000.00
MOD DAN TEMPOH PINJAMAN
Mod bayaran balik adalah secara mingguan dengan tempoh pinjaman adalah 50 dan 100minggu.