YAYASAN USAHA MAJU

      usahamaju@yumsabah.com.my       Telefon: (+60)88-251401         Faks: 088-254402 / 254403

Portal Rasmi

YAYASAN USAHA MAJU

Skim Pinjaman Am


PENGENALAN

Yayasan Usaha Maju (YUM) adalah sebuah agensi di bawah naungan Kementerian Kewangan Negeri Sabah. YUM menawarkan perkhidmatan kredit mikro iaitu pinjaman perniagaan kepada penduduk negeri Sabah yang berkelayakan.

KUMPULAN SASAR

Wanita yang terdiri dari suri rumah, ibu tunggal, peniaga kecil kecilan, petani, penternak, nelayan dan usahawan kecil yang memerlukan modal pinjaman untuk mengusahakan kegiatan-kegiatan ekonomi.

KELAYAKAN PEMOHON

  • Warganegara Malaysia bermastautin di negeri Sabah
  • Berumur 18 tahun hingga 59 tahun
  • Pendapatan kasar bulanan RM5,000.00 dan ke bawah. Keutamaan diberikan kepada yang berpendapatan rendah di bawah PGK Negeri Sabah.
  • Bukan seorang yang muflis.

JUMLAH PINJAMAN

  • Jumlah pinjaman adalah dari RM500.00 hingga RM20,000.00
  • Kelayakan maksimum ditentukan berdasarkan terma dan syarat pinjaman YUM.
  • Jumlah pinjaman yang diluluskan bergantung kepada kesesuaian skala kegiatan dan kemampuan membayar balik.

TEMPOH PINJAMAN

  • Tempoh bayaran balik pinjaman adalah mengikut pilihan ditetapkan iaitu 50, 100, 150, 200 atau 250 minggu.