PENGENALAN
Cawangan Tuaran telah beroperasi sejak era Projek Usahamaju pada akhir tahun 1990 yang melibatkan Cawangan Sulaman, Tamparuli dan Kiulu yang masing-masing dibuka oleh Pn. Regina Queck, Pn. Tina Boilis dan Pn. Manjit Kaur Karam Singh. Pada pertengahan tahun 1993, cawangan-cawangan ini telah digabungkan menjadi Cawangan Tuaran. Pada masa kini, cawangan ditadbir oleh Pn. Regina Queck dan dibantu oleh 8 orang kakitangan. Kawasan operasi terletak di DUN N9 Tamparuli, N10 Sulaman dan N11 Kiulu.