YAYASAN USAHA MAJU

      usahamaju@yumsabah.com.my       Telefon: (+60)88-251401         Faks: 088-254402 / 254403

Portal Rasmi

YAYASAN USAHA MAJU

Skim Pinjaman Bazar Ramadan


PENDAHULUAN

Skim Pinjaman Bazar Ramadan (SPZR) ditawarkan hanya pada bulan Ramadan setiap tahun. Ini bertujuan mewujudkan peluang perniagaan kepada penjaja dan peniaga kecil dan seterusnya meningkatkan pendapatan melalui pelbagai sumber perniagaan.

KELAYAKAN PEMOHON

  • Pemohon hendaklah seorang ahli yang sah dan berumur tidak melebihi 59 tahun semasa pinjaman dibuat.
  • Tidak bertunggakan pada pinjaman semasa atau memiliki rekod pinjaman lepas yang baik.
  • Sudah membayar lebih 25 minggu pinjaman semasa (bagi yang mempunyai pinjaman).
  • Jumlah tanggungan bulanan (bayaran pinjaman) dengan YUM termasuk bayaran pinjaman yang dipohon hendaklah tidak melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan peminjam.
  • Pusat mempunyai rekod bayaran balik pinjaman yang baik iaitu pada kadar 95%.
  • Mendapat kelulusan pusat.
  • Pernah meminjam pinjaman SPA sekurang-kurangnya 1 kali pinjaman.
  • Menjalankan perniagaan pada bulan Ramadan.
  • Beragama Islam.
  • Mempunyai tapak baazar Ramadan atau kawasan menjalankan perniagaan pada bulan Ramadan.
  • Bersedia mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan berkaitan dengan tapak baazar atau gerai.

JUMLAH PINJAMAN

Jumlah pinjaman adalah RM500.00 hingga RM3,000.00.

TEMPOH PINJAMAN

Tempoh bayaran balik pinjaman adalah 8 minggu.

New{title}