YAYASAN USAHA MAJU

      usahamaju@yumsabah.com.my       Telefon: (+60)88-251401         Faks: 088-254402 / 254403

Portal Rasmi

YAYASAN USAHA MAJU
Latihan

i) Motivasi dan Asas Keusahawanan

Kursus membina motivasi dikalangan peminjam YUM dan memahami konsep usahawan. Kursus ditawarkan kepada peminjam YUM sedia ada. Objektif kursus antaranya:-

  • Meningkatkan keyakinan dan dorongan kepada ahli YUM untuk mempersiapkan menjadi seorang usahawan.
  • Memangkin kewujudan lebih ramai usahawan baru dan memupuk keusahawanan dalam kalangan peserta.
  • Meningkatkan pengetahuan dan mengembangkan bakat berkaitan dengan bidang keusahawanan.
  • Meningkatkan kesedaran bahawa ahli perlu bertanggungjawab terhadap pembelaan nasib diri dan keluarga

ii) Asas Simpan Kira Perniagaan

Kursus memberi kemahiran asas simpan kira perniagaan seperti membuat pelan perniagaan, penyata kewangan, aliran tunai dan imbang duga. Kursus ditawarkan kepada peminjam YUM sedia ada. Objektif kursus antaranya:-

  • Memberi perkaitan antara kejayaan usaha niaga dengan perancangan perniagaan yang efektif.
  • Memberi pengetahuan asas mengenai kepentingan dan kegunaan prinsip perakaunan dan simpankira dalam usaha niaga; dan
  • Memberi kemahiran asas dalam penyediaan bajet perniagaan awal, buku tunai dan belanjawan tunai.

iii) Latihan Kemahiran

Kursus memberi pelbagai bentuk kemahiran dalam sektor kegiatan yang boleh dikomersialkan seperti membuat cupcake dan bun, masakan, jahitan, solekan dan lain-lain. Kursus ini ditawarkan kepada peminjam YUM sedia ada. Objektif kursus antaranya:-

  • Melahirkan lebih ramai ahli YUM yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang perniagaan yang boleh dipasarkan serta mampu bersaing secara sihat dengan pengusaha-pengusaha lain.
  • Menjana dan meningkatkan pendapatan keluarga melalui bidang perniagaan.
New{title}