Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS) telah menjemput Yayasan Usaha Maju (YUM) untuk menyertai Program Keusahawanan dan Belia Madani Bijak Berdikari – Siri 1 yang dianjurkan bersama Pertubuhan Ibu Tunggal Parlimen Sipitang, RichGard Business School dan Surin Consultant bertempat di Tingkat 10, Menara UTC Kota Kinabalu pada 17 Julai 2023.

Program ini diadakan khusus bagi kaum wanita dan belia yang ingin menceburi bidang keusahawanan dan berminat untuk memulakan perniagaan. Perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Redonah binti Bahanda merangkap Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, disaksikan oleh seramai 131 orang peserta.

Pihak YUM telah membuka booth informasi mengenai perkhidmatan YUM dan ikut serta  dalam sesi taklimat ringkas mengenai peluang-peluang perniagaan bersama YUM yang disampaikan oleh Pengurus Perkhidmatan Kredit YUM, Encik John Pansiol.

Petugas-petugas YUM di meja pameran produk YUM
En. John menyampaikan maklumat mengenai YUM kepada para peserta yang hadir
Suasana semasa program
Kelihatan para peserta bersama Perasmi program, YBhg. Datuk Redonah diapit oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPS, En. George Taitim Tulas