Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS) telah menjemput Yayasan Usaha Maju (YUM) untuk menyertai Program Keusahawanan dan Belia Madani Bijak Berdikari – Siri 1 yang dianjurkan bersama Pertubuhan Ibu Tunggal Parlimen Sipitang, RichGard Business School dan Surin Consultant bertempat di Tingkat 10, Menara UTC Kota Kinabalu pada 17 Julai 2023.
Program ini diadakan khusus bagi kaum wanita dan belia yang ingin menceburi bidang keusahawanan dan berminat untuk memulakan perniagaan. Perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Redonah binti Bahanda merangkap Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, disaksikan oleh seramai 131 orang peserta.
Pihak YUM telah membuka booth informasi mengenai perkhidmatan YUM dan ikut serta dalam sesi taklimat ringkas mengenai peluang-peluang perniagaan bersama YUM yang disampaikan oleh Pengurus Perkhidmatan Kredit YUM, Encik John Pansiol.
Petugas-petugas YUM di meja pameran produk YUM
En. John menyampaikan maklumat mengenai YUM kepada para peserta yang hadir
Suasana semasa program
Kelihatan para peserta bersama Perasmi program, YBhg. Datuk Redonah diapit oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPS, En. George Taitim Tulas
Biro Keusahawanan Wanita, Wanita Gagasan Rakyat Sabah (GRS) pada 12 Julai 2023 (Hari Rabu) telah mengadakan Lawatan Kunjungan Hormat kepada Yayasan Usaha Maju (YUM) bertempat di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat YUM.
Pengarah Urusan, Encik Roseli bin Sindong bersama beberapa pegawai kanan YUM telah menerima rombongan Biro Keusahawanan Wanita GRS yang diketuai oleh Pengerusinya iaitu Puan Shazlinah Lai Wun Fong bersama rombongan.
Objektif utama lawatan kunjungan hormat ini adalah untuk menjalin kerjasama di antara Biro Keusahawanan Wanita GRS dan YUM, dan menyampaikan jemputan kepada YUM untuk menyertai Program Keusahawanan dan Kerjaya Zon Pantai Timur (SABAH FEC) 2023 yang bakal diadakan pada 12 dan 13 Ogos 2023, bertempat di Majlis Perbandaran Daerah Tawau.
Pihak YUM mengalu-alukan kerjasama dan jemputan tersebut serta berharap dapat menyertai program SABAHFEC 2023.
Pengerusi Biro Keusahawanan Wanita, GRS, Puan Shazlinah Lai Wun Fong sedang memberikan penerangan
Sebahagian pegawai YUM yang terlibat
Gambar kenangan Pengurusan YUM bersama rombongan Biro Keusahawanan Wanita GRS
Pada 12 dan 13 Ogos 2023, Yayasan Usaha Maju (YUM) telah berpeluang untuk menyertai Program Karnival Keusahawanan dan Kerjaya (SABAHFEC) 2023 Zon Pantai Timur yang berlangsung di Perkarangan Majlis Perbandaran Tawau. Selain daripada membuka gerai pameran, YUM juga telah menjemput beberapa orang Usahawan YUM untukmempromosi dan menjual produk masing-masing. Penyertaan YUM di SABAHFEC 2023 Zon Pantai Timur dianggap mencapai matlamatnya iaitu untuk mempromosikan perkhidmatan YUMterutamanya kepada mereka yang berminat dalam memulakan dan mengembangkan perniagaan.
Sebahagian Kakitangan YUM Cawangan Tawau dan Blok Balung yang terlibat bertugas semasa SABAHFEC 2023 Zon Pantai Timur
Gerai Pameran dan Jualan YUM
Pengarah Urusan YUM, Encik Roseli bin Sindong saat melawat sambil beramah mesra dengan Usahawan-usahawan YUM
Usahawan-usahawan YUM yang menyertai Gerai YUM semasa SABAHFEC 2023 Zon Pantai Timur
Pengurus Kawasan (Timur), Puan Sahrini binti Sahat sewaktu menyampaikan taklimat ringkas berhubung YUM dan Skim-skim Pinjaman yang ditawarkan oleh YUM
Pemenang Peraduan Teka Berat Beras, Puan Enjilena Jailani
Bertemakan ‘Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan’, kemuncak perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah (HPPNS) Tahun 2023 telah berlangsung selama empat (4) hari bermula 27 hingga 30 Julai 2023, bertempat di perkarangan bangunan Wisma Pertanian Sabah, Luyang, Kota Kinabalu.
Sempena HPPNS 2023 kali ini, Yayasan Usaha Maju (YUM) turut mengambil bahagian dengan membuka gerai pameran dan jualan. Beberapa orang Usahawan YUM dari cawangan-cawangan yang berdekatan telah mengikuti acara ini dan menggunakan peluang untuk mempromosi dan menjual produk masing-masing.
Suasana di Gerai YUM
Gerai YUM
Beberapa produk Usahawan YUM yang dipamer dan dijual di Gerai YUM
Usahawan YUM yang terlibat merakamkan gambar kenangan bersama Pengarah Urusan, Encik Roseli bin Sindong
Gambar-gambar kenangan bersama YB Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan di Gerai YUM
Pemenang-pemenang peraduan di Gerai YUM sepanjang HPPNS 2023
Tarikh Peraduan
Nama Peraduan
Nama Pemenang
27 Julai 2023
Teka Berat Labu Kundur
Norifah binti Roger
28 Julai 2023
Teka Berat Beras
Nazwa
29 Julai 2023
Teka Harga Barangan Dapur
Siti Haisah binti Onching
30 Julai 2023
Teka Harga Produk Usahawan YUM
Shaufezan A Karim
Berita dan Artikel
Maaf. Tiada sebarang Berita dan Artikel buat masa ini.