Biro Keusahawanan Wanita, Wanita Gagasan Rakyat Sabah (GRS) pada 12 Julai 2023 (Hari Rabu) telah mengadakan Lawatan Kunjungan Hormat kepada Yayasan Usaha Maju (YUM) bertempat di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat YUM.

Pengarah Urusan, Encik Roseli bin Sindong bersama beberapa pegawai kanan YUM telah menerima rombongan Biro Keusahawanan Wanita GRS yang diketuai oleh Pengerusinya iaitu Puan Shazlinah Lai Wun Fong bersama rombongan.

Objektif utama lawatan kunjungan hormat ini adalah untuk menjalin kerjasama di antara Biro Keusahawanan Wanita GRS dan YUM, dan menyampaikan jemputan kepada YUM untuk menyertai Program Keusahawanan dan Kerjaya Zon Pantai Timur (SABAH FEC) 2023 yang bakal diadakan pada 12 dan 13 Ogos 2023, bertempat di Majlis Perbandaran Daerah Tawau.

Pihak YUM mengalu-alukan kerjasama dan jemputan tersebut serta berharap dapat menyertai program SABAHFEC 2023.

Pengerusi Biro Keusahawanan Wanita, GRS, Puan Shazlinah Lai Wun Fong sedang memberikan penerangan
Sebahagian pegawai YUM yang terlibat
Gambar kenangan Pengurusan YUM bersama rombongan Biro Keusahawanan Wanita GRS