Pada 12 dan 13 Ogos 2023, Yayasan Usaha Maju (YUM) telah berpeluang untuk menyertai Program Karnival Keusahawanan dan Kerjaya (SABAHFEC) 2023 Zon Pantai Timur yang berlangsung di Perkarangan Majlis Perbandaran Tawau. Selain daripada membuka gerai pameran, YUM juga telah menjemput beberapa orang Usahawan YUM untuk mempromosi dan menjual produk masing-masing. Penyertaan YUM di SABAHFEC 2023 Zon Pantai Timur dianggap mencapai matlamatnya iaitu untuk mempromosikan perkhidmatan YUM terutamanya kepada mereka yang berminat dalam memulakan dan mengembangkan perniagaan.





