Bertemakan ‘Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan’, kemuncak perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah (HPPNS) Tahun 2023 telah berlangsung selama empat (4) hari bermula 27 hingga 30 Julai 2023, bertempat di perkarangan bangunan Wisma Pertanian Sabah, Luyang, Kota Kinabalu.
Sempena HPPNS 2023 kali ini, Yayasan Usaha Maju (YUM) turut mengambil bahagian dengan membuka gerai pameran dan jualan. Beberapa orang Usahawan YUM dari cawangan-cawangan yang berdekatan telah mengikuti acara ini dan menggunakan peluang untuk mempromosi dan menjual produk masing-masing.






Tarikh Peraduan | Nama Peraduan | Nama Pemenang |
27 Julai 2023 | Teka Berat Labu Kundur | Norifah binti Roger |
28 Julai 2023 | Teka Berat Beras | Nazwa |
29 Julai 2023 | Teka Harga Barangan Dapur | Siti Haisah binti Onching |
30 Julai 2023 | Teka Harga Produk Usahawan YUM | Shaufezan A Karim |