Unit Latihan, Ibu Pejabat Yayasan Usaha Maju (YUM) dengan kerjasama Bahagian Perolehan, PUKONSA dan Harta Awam, Kementerian Kewangan Negeri (MoF) Sabah telah mengadakan Kursus Tatacara Perolehan Kerajaan Negeri Sabah pada 14 Jun 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat YUM.
Kursus yang pertama kali dianjurkan di YUM ini dihadiri oleh semua Ketua Seksyen, Ketua Unit, Pengurus Kawasan dan beberapa pegawai Ibu Pejabat serta Pengarah Urusan YUM, Encik Roseli bin Sindong. Kursus yang berlangsung selama setengah hari tersebut, telah disampaikan oleh Puan D.K Ros Rita binti Ag Talip, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Perolehan, PUKONSA dan Harta Awam, MoF Sabah.
Melalui kursus ini, Pegawai-pegawai Kanan YUM berhasil menambah ilmu mengenai pengurusan perolehan secara lebih terperinci, di samping meningkatkan kecekapan dalam bidang perolehan. Walaupun, YUM hanya menerima geran peruntukan dari pihak Kerajaan dan bukan peruntukan perolehan, namun kursus ini dapat memberi panduan mengenai pengurusan perolehan berdasarkan polisi dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan.



