Yayasan Usaha Maju (YUM) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan Peringkat Ibu Pejabat bagi bulan April 2026 dan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 13 April 2026 bertempat di ruang kerja Seksyen Pentadbiran. Majlis ini telah dihadiri seramai 49 orang kakitangan Ibu Pejabat.
Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa yang telah disampaikan oleh Encik Zakiron Kulim, Pengurus Sumber Manusia.
Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh YBrs. Encik Roseli bin Sindong, Pengarah Urusan YUM. Turut hadir bersama ialah Encik Constantine Michael, Timbalan Pengarah Urusan (Operasi) serta semua Penolong Pengarah Urusan.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bertemakan “Juadah Bersama Ukhwah Terjalan” turut dimeriahkan dengan pelbagai hidangan dan cabutan nama bertuah.

YBrs. Encik Roseli bin Sindong sedang menyampaikan ucapan alu-aluan





Kakitangan sedang menjamu selera dengan juadah hari raya

Gambar kenang-kenangan bersama Pengarah Urusan YUM

