KUNJUNGAN RASMI KO-NELAYAN KEPADA YAYASAN USAHA MAJU

KUNJUNGAN RASMI KO-NELAYAN KEPADA YAYASAN USAHA MAJU

Yayasan Usaha Maju (YUM) telah menerima kunjungan rasmi daripada KO-NELAYAN yang diketuai oleh Encik Salleh Hj. Obong, Timbalan Pengurus Besar KO-NELAYAN bersama 5 orang pegawai. Selain daripada En. Roseli bin Sindong, Pengarah Urusan YUM, beberapa pegawai kanan YUM juga turut hadir pada kunjungan tersebut yang telah diadakan pada 20 April 2026 bertempat di Bilik Pejabat, Pengarah Urusan YUM.

Kunjungan tersebut adalah bagi membincangkan potensi jalinan kerjasama strategik antara KO-NELAYAN dan YUM dalam aspek penguatkuasaan dan pengurusan pematuhan, khususnya:

1. Meneroka amalan terbaik (best practices) serta pendekatan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh pihak YUM;

2. Meneroka mekanisme perkongsian maklumat secara terkawal dan mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa (termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010), khususnya bagi tujuan penilaian kelayakan peminjam;

3. Mewujudkan kerjasama antara agensi yang mempunyai fungsi seumpamanya, termasuk potensi pelaksanaan kutipan secara bersama atau bersepadu; dan

4. Memperkukuh pelaksanaan tindakan penguatkuasaan dalam menangani isu ketidakpatuhan.

YUM merakamkan penghargaan atas kunjungan rasmi ini dan dialu-alukan jalinan kerjasama bersama pihak KO-NELAYAN.

Pengarah Urusan YUM, Timbalan Pengarah Urusan YUM dan Timbalan Pengurus Besar, KO-NELAYAN

Sesi perbincangan di antara YUM dan KO-NELAYAN

En. Roseli bin Sindong, Pengarah Urusan YUM telah menerima Cendera Kenangan daripada Timbalan Pengurus Besar, KO-NELAYAN

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *