Majlis Perutusan Pengarah Urusan Yayasan Usaha Maju Sempena Tahun Baharu 2023 telah diadakan pada 12 Januari 2023 (Hari Khamis) bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah, Wisma Pertanian Sabah. Majlis dihadiri oleh kakitangan Ibu pejabat, pejabat Kawasan dan beberapa orang Pengurus Cawangan.
Majlis ini amat bertepatan diadakan sesuai dengan permulaan tahun baharu dan bagi kakitangan mendengar halatuju pengurusan Yayasan Usaha Maju (YUM) daripada Pengarah Urusan iaitu En. Roseli bin Sindong. Warga Kerja YUM selaku penggerak utama perkhidmatan dan operasi YUM perlu sentiasa merasa keterlibatan dan dihargai demi mencapai halatuju YUM pada tahun 2023 dan pada tahun-tahun seterusnya.
Pada majlis ini juga, pengumuman pemenang Pertandingan Kuiz Pengukuhan Antirasuah dan penyampaian Sijil kepada pemenang terlibat telah diadakan. Pada akhir majlis, Pengarah Urusan telah melancarkan laman web rasmi YUM yang baharu yang telah dibangunkan oleh Seksyen Sistem dan Teknologi Maklumat. Bagi membaca Perutusan Pengarah Urusan Yayasan Usaha Maju Sempena Tahun Baharu 2023, sila tekan: Lebih Lanjut




