Faktor pembungkusan produk yang menarik turut memainkan peranan yang penting di dalam kejayaan dan kegagalan jualan sesuatu produk. Ia membina imej produk dan juga memberi keyakinan kepada pengusaha untuk memasarkan produk-produk mereka. Atas kesedaran ini, Unit Pembangunan Usahawan telah melaksanakan Program Reka Bentuk Pembungkusan dengan kerjasama Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC), Cawangan Negeri Sabah di mana seramai lima (5) orang usahawan YUM telah dipilih sebagai peserta.

Program ini bermula pada bulan Jun 2022 dengan meliputi program pemilihan usahawan yang sesuai, taklimat dan pembentangan hasil reka bentuk pembungkusan. Kemuncak kepada program adalah Majlis Penyerahan Percetakan Pembungkusan Produk Usahawan YUM yang telah diadakan pada 30 November 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat YUM, Ibu Pejabat. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Roseli bin Sindong, Pengarah Urusan YUM di mana beliau telah menyampaikan percetakan pembungkusan kepada peserta dengan pilihan reka bentuk masing-masing.

Usahawan yang terpilih adalah dari kalangan usahawan YUM yang mempunyai produk sendiri, mempunyai sijil MyIPO, MESTI, Fakta Nutrisi, barcode dan perakuan Kementerian Kesihatan Malaysia. Usahawan YUM yang terlibat adalah seperti berikut:

 

Nama: Puan Siti Jaliha binti Yusof

Jenama: Afsah

Produk: Kuih kering

Cawangan: Papar

 

 

Nama: Puan Jamisah @ Nur Hamisah binti Ajad

Jenama: Dhuha

Produk: Tepung serbaguna

Cawangan: Papar

 

 

Nama: Puan Juhaini binti Dayun

Jenama: Dinamik Borneo

Produk: Sabun, shower gel, shampoo

Cawangan: Tuaran

 

 

Nama: Puan Rosmidah binti Hanafiah

Jenama: Nawaitu Bakeri

Produk: Roti dan bun

Cawangan: Ranau

 

 

Nama: Puan Marinah binti Ayim

Jenama: MariMar’s Kitchen

Produk: Pastry, roti, bun, kek

Cawangan: Sandakan

 

Program ini juga sebenarnya merupakan kesinambungan daripada beberapa siri program keusahawanan YUM yang telah dilaksanakan semenjak bulan November 2018.  Kejayaan program ini merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan dan akan diteruskan pada masa akan datang.

 

Ucapan pendahuluan oleh Timbalan Pengarah Urusan (Operasi), En. Asan @ Hassan Ag Ahmad
Pengarah Urusan, En. Roseli bin Sindong semasa memberi ucapan kepada para usahawan
Penyerahan Percetakan Pembungkusan Produk kepada Puan Siti Jaliha
Penyerahan Percetakan Pembungkusan Produk kepada Puan Jamisah @ Nur Hamisah
Penyerahan Percetakan Pembungkusan Produk kepada Puan Juhaini
Penyerahan Percetakan Pembungkusan Produk kepada Puan Rosmidah (Diwakili oleh suami)
Penyerahan Percetakan Pembungkusan Produk kepada Puan Marinah (Diwakili oleh Abang Ipar)
Pengarah Urusan bersama para usahawan dan beberapa Pegawai Kanan
Pembungkusan (kotak)/ sticker produk yang telah siap
Pegawai Sistem, En. Zainol berkesempatan memberi taklimat ringkas mengenai e niaga