MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KAKITANGAN YAYASAN USAHA MAJU PERINGKAT IBU PEJABAT BAGI BULAN MEI 2026

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KAKITANGAN YAYASAN USAHA MAJU PERINGKAT IBU PEJABAT BAGI BULAN MEI 2026

Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan Yayasan Usaha Maju (YUM) peringkat Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2026 telah diadakan pada 11 Mei 2026 bertempat di ruang kerja Seksyen Pentadbiran. Majlis yang dimulakan seawal jam 09.00 pagi telah dihadiri oleh pengurusan tertinggi dan warga kerja YUM Ibu Pejabat.

Majlis ini dimulakan dengan lafaz ikrar kakitangan yang telah diketuai oleh En. Abd. Rasdizal bin Abd. Rasid, Pegawai Integriti.

Perhimpunan kali ini yang telah dikendalikan oleh Unit Pentadbiran dan Korporat memfokus kepada peningkatan produktiviti dan pemantapan integriti dalam tugas seharian. Dalam ucapan Pengarah Urusan, En. Roseli bin Sindong menekankan kepentingan semangat kerja berpasukan serta budaya ‘pekerjaan cemerlang’ bagi mencapai sasaran tahunan organisasi.

Majlis ini juga bagi usaha mengeratkan hubungan silaturahim agar semangat ukhwah dalam kalangan pegawai dan kakitangan YUM terus diperkukuh.

Majlis ini telah diakhiri pada jam 09.00 pagi.

En. Roseli bin Sindong, Pengarah Urusan YUM sedang menyampaikan ucapan

En. Abd. Rasdizal bin Abd. Rasid, Pegawai Integriti mengetuai lafaz ikrar kakitangan

Pegawai Kanan yang hadir

Sedang mendengar ucapan daripada Pengarah Urusan YUM

Warga kerja YUM yang hadir

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *