Seramai 12 orang pelatih Penyelia Pinjaman telah berjaya menamatkan Kursus Induksi Latihan Penyelia Pinjaman Siri III Tahun 2026 yang berlangsung selama empat (4) bulan bermula pada bulan Februari 2026 hingga 21 Mei 2026.
Majlis Penutupan Kursus Induksi Latihan Penyelia Pinjaman Siri III Tahun 2026 telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Roseli bin Sindong, Pengarah Urusan Yayasan Usaha Maju pada 22 Mei 2026 di Bilik Pejabat Pengarah Urusan. Dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelatih yang berjaya menamatkan kursus serta menzahirkan harapan agar ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat diaplikasikan dengan cemerlang dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Penyelia Pinjaman.
Pada majlis tersebut, sijil tamat kursus telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Roseli bin Sindong kepada semua pelatih yang berjaya menamatkan latihan. Penyampaian sijil turut disaksikan dan diiringi oleh pegawai-pegawai kanan Yayasan Usaha Maju.
Kursus induksi ini bertujuan memperkukuh pengetahuan, kemahiran serta kefahaman pelatih terhadap fungsi dan peranan Penyelia Pinjaman dalam memastikan penyampaian perkhidmatan Yayasan Usaha Maju dilaksanakan secara berkesan, professional dan berintegriti.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus ini dan semoga terus cemerlang dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

Salah seorang pelatih Penyelia Pinjaman sedang menerima sijil daripada Pengarah Urusan YUM

Pelatih Penyelia Pinjaman Siri III Tahun 2026

Gambar kenangan bersama Pengarah Urusan YUM dan Pegawai-pegawai Kanan YUM

