
Majlis amanat Pengarah Urusan sempena Tahun Baharu 2025 telah diadakan pada 22 Januari 2025 (Hari Rabu) bertempat di Dewan Mataking Perpustakaan Negeri Sabah. Majlis ini telah dihadiri oleh kakitangan Ibu Pejabat, Pejabat Kawasan dan Pengurus Cawangan.
Majlis ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Yayasan Usaha Maju untuk memberikan amanat, menggariskan matlamat, dan menyampaikan aspirasi serta harapan Pengarah Urusan kepada warga YUM. Majlis ini juga bertujuan memperkukuhkan semangat kerja berpasukan dan memberi gambaran hala tuju organisasi bagi tahun 2025.
Antara objektif majlis ini diadakan adalah seperti berikut:
i. Menyampaikan hala tuju dan wawasan Yayasan Usaha Maju bagi tahun 2025.
ii. Memberikan motivasi kepada kakitangan untuk mencapai sasaran organisasi.
iii. Mengukuhkan hubungan di antara pihak pengurusan dan kakitangan.
iv. Memberikan pengiktirafan kepada cawangan atas kerja keras dan komitmen berpasukan melalui penganugerahan penarafan bintang cawangan.
Pada majlis ini juga telah diadakan taklimat Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi menerangkan lebih terperinci mengenai sistem berkenaan kepada kakitangan. Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Salumie Kundahal, Pegawai Perjawatan dari Unit Sumber Manusia. Di samping itu juga, Sijil Anugerah Penarafan Bintang tahun 2023 bagi mengiktiraf pencapaian dan menghargai usaha, komitmen serta iltizam warga kerja cawangan telah disampaikan oleh En. Roseli bin Sindong, Pengarah Urusan YUM kepada 23 orang Pengurus Cawangan atau wakil.
Majlis ini diharap dapat mencapai objektifnya dan seterusnya melancarkan pencapaian sasaran yang diharapkan bagi tahun 2025 demi memacu kecemerlangan Yayasan Usaha Maju ke tahap yang lebih tinggi.
Bagi membaca amanat Pengarah Urusan Yayasan Usaha Maju sempena Tahun Baharu 2025, sila tekan: Link









