Yayasan Usaha Maju (YUM) terus memperkukuhkan peranannya dalam memajukan sektor pertanian, penternakan dan perikanan di Sabah dengan penyertaan aktif dalam Hari Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Sabah (HPPNS) 2024  yang berlangsung di Dewan Kinabatangan, Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu pada 01 hingga 03 November 2024.

Sebagai salah satu organisasi dalam pembangunan sosioekonomi di Sabah, YUM membuka gerai pameran dan menawarkan pembukaan 4 buah gerai jualan kepada beberapa orang ahli dari cawangan-cawangan YUM berdekatan dengan menampilkan pelbagai inovasi serta produk hasil usahawan bimbingan. Antara tarikan utama gerai pameran YUM yang telah menarik ramai pengunjung adalah permainan spin the wheel dan menyediakan doorgift menarik kepada pengunjung.

Selain itu, gerai YUM turut menampilkan hasil-hasil kreativiti ahli-ahli dan produk-produk menarik hasil keluaran usahawan YUM. Pengunjung juga berpeluang mendapatkan khidmat nasihat dan maklumat mengenai peluang pembiayaan serta latihan yang disediakan oleh YUM. Program khas seperti microcredit untuk petani kecil dan bantuan kepada usahawan muda dalam bidang pertanian turut dikongsi bagi menarik lebih ramai individu menceburi sektor ini.

HPPNS 2024, yang bertemakan “Menuai Harapan Membina Masa Depan” seperti dijangkakan telah menarik ramai pengunjung dari seluruh Sabah. Acara ini menyediakan platform kepada petani, penternak dan nelayan untuk mempamerkan hasil usaha  mereka, bertukar ilmu dan menjalin kerjasama baharu dengan pihak berkepentingan.

Dengan penyertaan YUM, HPPNS 2024 bukan sahaja menjadi medan untuk memperkenalkan inovasi tetapi juga meraikan kejayaan golongan peladang, penternak dan nelayan yang menjadi tulang belakang ekonomi negeri Sabah.

Sementera itu, perayaan HPPNS tahun ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah

YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah semasa berkunjung ke gerai pameran YUM
Sijil Penghargaan daripada pihak penganjur
Cendera Hati daripada YUM
Kakitangan yang bertugas menjaga gerai pameran YUM
Salah seorang pengunjung sedang menandatangani Buku Pelawat
Pengarah Urusan YUM turut berada di gerai pameran YUM
Antara produk usahawan yang dipamerkan
Salah seorang usahawan YUM yang turut mengambil bahagian dengan menjual produk keluaran beliau
Gerai pameran YUM
Gambar kenangan bersama Pengarah Urusan YUM