Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) pada 24 Februari 2023 (Hari Jumaat) telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Pengarah Urusan Yayasan Usaha Maju (YUM) bertempat di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat YUM. Rombongan KTYS diketuai oleh Ketua Eksekutif KTYS,  Tuan Haji Samin Haji Ongki bersama dua orang Pengurus KTYS. Pada masa yang sama, Pengarah Urusan YUM turut disertai oleh beberapa Pegawai Kanan semasa menerima kunjungan rombongan KTYS.

Kunjungan ini bertujuan untuk menjalin kerjasama di antara KTYS dan YUM dalam melaksanakan tanggungjawab memajukan pembangunan modal insan khususnya di Negeri Sabah di samping berkongsi peluang pengajian yang ditawarkan di KTYS untuk warga YUM.

Pihak KTYS berhasrat agar kerjasama antara KTYS dan YUM menjadi pemangkin dalam meningkatkan kualiti modal insan yang berpengetahuan dan lebih berdaya saing di masa hadapan.

Pengarah Urusan YUM, En. Roseli bin Sindong bersama Ketua Eksekutif KTYS, Tuan Haji Samin Haji Ongki
Rombongan KTYS kelihatan menonton slaid Korporat YUM
Gambar kenangan pihak Pengurusan YUM bersama rombongan KTYS