MAJLIS SAMBUTAN HARI KELUARGA AHLI YUM CAWANGAN RANAU

MAJLIS SAMBUTAN HARI KELUARGA AHLI YUM CAWANGAN RANAU

Jawatankuasa Ketua-ketua Pusat Yayasan Usaha Maju (JKeP YUM) dengan kerjasama kakitangan Cawangan Ranau dan Jawatankuasa Induk Ibu Pejabat telah berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Ahli Keluarga Ahli Yayasan Usaha Maju Cawangan Ranau. Majlis yang berlangsung dengan penuh meriah ini diadakan pada 13 Jun 2026 bertempat di Dewan Masyarakat Ranau. Majlis ini telah dihadiri oleh lebih 500 orang yang terdiri daripada  ahli YUM serta ahli keluarga mereka.

Majlis ini diadakan bagi memupuk semangat kerjasama serta mengeratkan lagi hubungan di kalangan ahli, kakitangan dan pengurusan tertinggi YUM.

Majlis tersebut sepatutnya dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah. Walau bagaimanapun, disebabkan beliau tidak dapat menghadirkan diri, ucapan perasmian beliau telah disampaikan oleh Tuan Johari Suhaimin selaku Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan Sabah. Turut hadir bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut ialah YB Datuk Haji Rusdin bin Riman, Pengerusi Perbadanan Pinjaman Sabah, Ybhg. Datuk Dg. Haja Balbangsa binti Datuk Bachtiyal, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Usaha Maju serta Pengarah Urusan Yayasan Usaha Maju, Ybrs. Tuan Roseli Bin Sindong. Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran ketua-ketua jabatan dan agensi daerah serta pegawai-pegawai kanan Yayasan Usaha Maju.

Ucapan perasmian majlis tersebut menekankan bahawa Kerajaan Negeri Sabah sentiasa prihatin terhadap pembangunan Yayasan Usaha Maju (YUM) sebagai Badan Amanah di bawah Kementerian Kewangan bagi meningkatkan sosioekonomi masyarakat luar bandar secara inklusif melalui program kredit mikro. YUM diiktiraf sebagai rakan strategik yang berjaya memperkasakan ekonomi usahawan mikro dengan merekodkan prestasi bayaran balik yang sangat cemerlang hasil daripada disiplin tinggi para peminjam yang majoritinya adalah wanita, selain berjaya megeluarkan lebih 20% pesertanya daripada dibelenggu kemiskinan. Kerajaan turut menzahirkan komitmen berterusan melalui penyediaan peruntukan RM12.12 juta dalam Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2026 demi memperkukuh program ini serta menyokong usaha pendigitalan perkhidmatan YUM. Beliau juga menasihati para usahawan di Ranau agar menguruskan modal dengan amanah, sentiasa meningkatkan kemahiran dan memanfaatkan teknologi digital untuk meluaskan pasaran perniagaan mereka.

Sehingga 31 Mei 2026, YUM telah mencatatkan pencapaian cemerlang dengan menyalurkan pinjaman kumulatif berjumlah RM886.2 juta kepada para usahawan di seluruh Sabah. Malah, pada tahun 2025, agensi ini berjaya merekodkan sejarah pengeluaran pinjaman tertinggi dengan menyalurkan pembiayaan sebanyak RM76.5 juta kepada seramai 10,833 orang peminjam. Prestasi ini diimbangi dengan tahap disiplin yang sangat tinggi apabila YUM berjaya mengekalkan kadar bayaran balik pinjaman yang mengagumkan iaitu sebanyak 99.13% bagi tempoh tujuh tahun kebelakangan ini (2019-2025).

Secara keseluruhannya, program tahunan ini bukan sahaja menjadi platform untuk meraikan warga kerja dan ahli, malah membuktikan komitmen berterusan Yayasan Usaha Maju dalam memperkasakan ekonomi masyarakat khususnya di daerah Ranau.

Dalam majlis tersebut, beliau telah menyampaikan hadiah dan sijil bagi Anugerah Pusat Cemerlang, Ketua Pusat Cemerlang, Usahawan Cemerlang dan Pelajar Cemerlang SPM dann STPM. Majlis diakhiri dengan sesi ramah mesra dan lawatan ke pameran gerai usahawan YUM.

Selain daripada itu beberapa pengisian acara telah diadakan seperti pertandingan gerai tercantik yang telah menampilkan hasil kreativiti dan produk keluaran usahawan. Johan pertandingan ini adalah daripada  Pusat Lohan 2, Naib Johan daripada Pusat Lohan 1 dan tempat ketiga daripada Pusat Bundu Tuhan. Selain daripada itu, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan cabutan nama bertuah turut diadakan.

Ketibaan YBrs. Tuan Roseli bin Sindong, Pengarah Urusan Yayasan Usaha Maju

Pengarah Urusan YUM menyambut ketibaan Tuan Johari Suhaimin

Pengerusi JKePYUM Cawangan Ranau memakaikan selempang kepada Tuan Johari Suhaimin

Para tetamu yang hadir

En. Mohd. Azary mengetuai lafaz Ikrar Rukun Negara

Pn. Kamisah binti Kaimin, Pengerusi JKePYUM Cawangan Ranau mengetuai lafaz Ikrar Ahli YUM

Ucapan Alu-aluan oleh Pengarah Urusan YUM

Ucapan Perasmian oleh Tuan Johari Suhaimin, Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan Sabah

Gimik perasmian memukul gong dilakukan oleh Tuan Johari Suhaimin

Acara memotong kek oleh tetamu VIP

Cendera Hati disampaikan oleh Pengerusi JKePYUM Cawangan Ranau

Para Penerima Anugerah

Tuan Johari Suhaimin sedang menandatangani Buku Pelawat YUM

Rombongan VIP melawat gerai pameran usahawan

Beberapa gerai usahawan yang mengikuti pertandingan gerai tercantik

AJK Majlis Hari Keluarga Ahli Cawangan Ranau

Irama paluan gong mengiringi ketibaan tetamu khas

Pendaftaran untuk cabutan nama bertuah

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *