Majlis Sambutan Hari Keluarga Ahli Yayasan Usaha Maju Cawangan Kudat telah diadakan pada 17 September 2024 bertempat di Dewan PMRM, Matunggong. Majlis tersebut telah dihadiri oleh seramai 200 orang ahli YUM termasuk suami, anak ahli dan kakitangan YUM Cawangan Kudat.
Objektif penganjuran Hari Keluarga Ahli Yayasan Usaha Maju adalah seperti berikut:
1. Merai dan merayakan hubungan kerja di antara ahli dan kakitangan YUM;
2. Mengukuhkan hubungan kerja yang lebih mesra dan positif sesama ahli dan/dengan kakitangan YUM;
3. Menyediakan ruang khusus untuk ahli dan kakitangan YUM berinteraksi dan menjalankan aktviti-aktiviti bersama; dan
4. Membina imej YUM sebagai institusi kredit mikro prioriti.
Majlis Hari Keluarga ini telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan YUM En. Roseli bin Sindong. Pelbagai acara telah diadakan antaranya pertandingan karaoke, sukaneka, cabutan tiket bertuah serta persembahan johan karaoke ahli YUM Cawangan Kudat.