KURSUS PENTADBIR PUSAT YAYASAN USAHA MAJU CAWANGAN KUALA PENYU DAN CAWANGAN TENOM

Kursus Pentadbir Pusat Yayasan Usaha Maju telah diadakan pada 21 Ogos 2024 di Cawangan Kuala Penyu dan di Cawangan Tenom pada 22 Ogos 2024.  Kursus tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pusat YUM setiap Cawangan.  Seramai 19 orang Ketua Pusat yang telah hadir di Cawangan Kuala  Penyu dan kehadiran Ketua Pusat di Cawangan Tenom adalah seramai 25 orang.

Antara objektif kursus ini diadakan adalah seperti berikut:   

I.      Pentadbir Pusat faham objektif menyertai YUM dan peranan mereka untuk memastikan objektif ini tercapai.

II.  Pentadbir Pusat faham kepentingan dan fungsi setiap dokumen kewangan yang digunakan semasa MP.

III.  Pentadbir Pusat faham apakah yang harus dilakukan untuk memasatikan MP dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan.

IV.    Pentadbir Pusat faham perjalanan MP YUM yang ‘standard’.

Kursus Pentadbir Pusat Yayasan  Usaha Maju Cawangan Kuala Penyu telah diadakan di Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Kuala Penyu.    

Penerangan ringkas Kursus Pentadbir Pusat oleh Pn. Daisy Livinu (Pengurus Pembangunan Usahawan) kepada Ahli YUM Cawangan Kuala Penyu
Kursus Pentadbir Pusat dimulakan dengan Pembacaan Ikrar Ahli YUM Cawangan Kuala Penyu
Ceramah 1: Peranan Pentadbiran Pusat Dalam Menjayakan Objektif YUM yang disampaikan oleh Pn. Daisy Livinu (Pengurus Pembangunan Usahawan)
Ceramah 2: Fungsi dan Peraturan Penting Penyelenggaraan Buku Rekod dan Dokumen Kewangan di MP yang disampaikan oleh En. Bindai Sandau (Pengurus Kawalan Kredit)
Ceramah3: Pengendalian MP yang Berkesan telah disampaikan oleh En. Mustapa Musa (Pengurus Kawasan Pedalaman Atas)
Ceramah 4: Taklimat Pengendalian Aplikasi Sabah Pay yang telah disampaikan oleh En. Mohamad Zainol Ariffin Asri (Pegawai Sistem Multimedia)

Kursus Pentadbir Pusat Yayasan Usaha Maju Cawangan Tenom pula telah diadakan di Pejabat Yayasan Usaha Maju Cawangan Tenom

Penerangan ringkas kursus Pentadbir Pusat kepada Ahli YUM Cawangan Tenom
Kursus Pentadbir Pusat Cawangan Tenom dimulakan dengan Pembacaan Ikrar Ahli
Ceramah1: Peranan Pentadbir Pusat Dalam Menjayakan Objektif YUM dan Ceramah 4:Taklimat Pengendalian Aplikasi Sabah Pay yang disampaikan oleh Pn. Daisy Livinu (Pengurus Pembangunan)
Ceramah 2: Fungsi dan Peraturan Penting Penyelenggaraan Buku Rekod dan Dokumen Kewangan di MP dan Ceramah 3: Pengendalian MP yang berkesan disampaikan oleh En. Bindai Sandau (Pengurus Kawasal Kredit
Gambar kenangan bersama Ahli YUM Cawangan Kuala Penyu
Gambar kenangan bersama Ahli Cawangan Tenom

Disediakan oleh: Cik Estherrichellia Somail (Pelatih Industri UMS)