Pengarah Urusan Yayasan Usaha Maju (YUM), YBrs. Tuan Roseli bin Sindong turut menyertai aktiviti riadah santai bola sepak yang berlangsung pada 19 Mei 2026 bertempat di Fut8 Padang Kontena Sembulan, Kota Kinabalu.
Perlawanan persahabatan yang menemukan pasukan kakitangan Ibu Pejabat dengan Pelatih Penyelia Pinjaman itu berlangsung dalam suasana penuh semangat dan muhibah. Acara tersebut turut dimeriahkan dengan penyampaian Piala Sumbangsih Pengarah Urusan YUM sebagai simbol sokongan terhadap aktiviti riadah dan pembangunan hubungan sesama warga kerja.
Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk menggalakkan gaya hidup sihat, malah berperanan mengeratkan hubungan silaturahim, semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan kakitangan serta pelatih.
Selaras dengan semangat kesukanan, menang atau kalah bukanlah ukuran utama. Sebaliknya, nilai persahabatan, kebersamaan dan manfaat kesihatan melalui aktiviti riadah menjadi keutamaan dalam menjayakan program tersebut.

Perlawanan persahabatan di antara kakitangan YUM Ibu Pejabat dan Pelatih Penyelia Pinjaman

Hadiah yang dimenangi

Sedang memanaskan badan sebelum memulakan perlawanan

Pengarah Urusan sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang
