Sehingga 30 September 2026, Sektor Perdagangan mewakili 44% dari agihan penggunaan/pengeluaran Pinjaman kepada para Ahli. Sektor ini merupakan sektor kegiatan ekonomi yang paling popular diusahakan oleh para Ahli YUM dengan jumlah pengeluaran kumulatif Pinjaman sebanyak RM390 juta melibatkan 69,835 ulangan pembiayaan. Sektor ekonomi kedua popular adalah sektor Pertanian dan Perhutanan pada kadar 26% melibatkan sebanyak RM231 juta dengan 48,200 ulangan pinjaman. Pembiayaan untuk memperbaiki rumah adalah pada kadar 11% dengan jumlah sebanyak RM96 juta (17,799 ulangan pembiayaan).