MAJLIS APRESIASI DAN MAKAN MALAM YAYASAN USAHA MAJU CAWANGAN KUNAK

MAJLIS APRESIASI DAN MAKAN MALAM YAYASAN USAHA MAJU CAWANGAN KUNAK

Yayasan Usaha Maju (YUM) Cawangan Kunak dengan kerjasama Jawatankuasa Ketua-Ketua Pusat (JKePYUM) Cawangan Kunak telah mengadakan Majlis Apresiasi dan Makan Malam Ahli-ahli YUM Cawangan Kunak pada 30 Oktober 2026 bertempat di Dewan Arena Belia, Daerah Kunak yang bertemakan Glitter pada majlis tersebut.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran En. Roseli bin Sindong, Pengarah Urusan YUM dan seterusnya merasmikan majlis tersebut dengan gimik pemotongan kek dan riben.  Turut memeriahkan majlis ialah En. Jasni Sanggul, Penolong Pengarah Urusan (Pinjaman), Cik Daisy Livinu, Pengurus Pembangunan Usahawan selaku Penasihat Program Majlis, Cik Noor Yaneh Mohd. Lair, Pengurus Kawalan Kredit, Puan Manisa Lado, Pengurus Kawasan Tawau, Pengurus Cawangan YUM Kawasan Tawau, Pegawai Pinjaman Cawangan Lahad Datu, kakitangan YUM Cawangan kunak serta seramai 200 orang ahli YUM Cawangan Kunak telah menghadiri majlis tersebut.

Dalam ucapan perasmian Pengarah Urusan YUM, beliau sangat memuji keberkesanan operasi YUM Cawanan Kunak sepanjang operasinya di daerah tersebut yang dibuka semula pada tahun 2020 dan mengharapkan YUM Cawangan Kunak dapat mengekalkan prestasi cemerlang yang berterusan pada tahun-tahun mendatang. Beliau juga memuji sikap dan kerjasama semua ahli-ahli YUM Cawangan Kunak kerana telah berjaya mencapai prestasi yang membanggakan dan berharap agar semua ahli-ahli YUM Cawangan Kunak menjadikan modal pinjaman dari YUM sebagai loncatan kepada keberkesanan dan kejayaan perniagaan yang mereka miliki sekarang ini.  Beliau juga mengharapkan agar ahli-ahli YUM yang lain dapat mengambil iktibar dan inisiatif positif dari kejayaan beberapa ahli yang telah mencapai pinjaman daripada Skim Pinjaman Usahawan Kecil dan Sederhana dengan jumlah RM101,000.00 sehingga RM250,000.00.

Pada majlis itu juga telah disampaikan beberapa anugerah mengikut kategori yang telah dicapai dan digapai oleh beberapa ahli  serta PP YUM Cawangan Kunak seperti berikut:

1.    Anugerah Pusat Cemerlang

2.    Anugerah Ketua Pusat Cemerlang

3.    Anugerah Usahawan Cemerlang

4.    Anugerah Ahli Setia YUM

5.    Anugerah PP Pengendali Cemerlang

Penganugerahan ini diadakan sebagai pengiktirafan atas segala usaha dan kejayaan yang dicapai oleh beberapa ahli YUM Cawangan Kunak sepanjang tahun 2026 dengan harapan akan menjadi dorongan dan semangat agar kejayaan ini dapat dikekalkan dan dijadikan contoh kepada semua ahli YUM Cawangan Kunak serta seluruh ahli YUM di negeri Sabah.

Selain daripada penyampaian anugerah, majlis dimeriahkan lagi dengan acara nyanyian yang turut disumbangkan oleh kakitangan YUM. Selain daripada itu pertandingan Pakaian dan Busana tercantik turut diadakan dan cabutan bertuah sebanyak 60 hadiah telah disediakan pada majlis tersebut kepada para hadirin yang hadir dan bertuah pada malam tersebut.

Pengarah Urusan YUM sedang melakukan gimik perasmian majlis

Pengerusi JKePYUM Cawangan Kunak menyampaikan cenderamata kepada Pengarah Urusan YUM

Para penerima hadiah penganugerahan kepada pusat, ahli dan PP Cemerlang

Pengarah Urusan YUM bersama Pengerusi JKePYUM dan kakitangan

Para tetamu yang hadir pada Majlis Apresiasi dan Makan Malam Cawangan Kunak

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *