MAJLIS KECEMERLANGAN, APRESIASI DAN PERSARAAN (MKAP25) KAKITANGAN YAYASAN USAHA MAJU
Majlis Kecemerlangan, Apresiasi Dan Persaraan (MKAP25) Kakitangan Yayasan Usaha Maju (YUM) telah diadakan pada 23 November 2025 bertempat di Grand Inhotel, Inanam. Majlis ini menjadi simbolik kepada penghargaan dan pengiktirafan terhadap dedikasi kakitangan YUM sepanjang tahun.
Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Roseli bin Sindong, Pengarah Urusan Yayasan Usaha Maju. Turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut ialah ahli Lembaga Pemegang Amanah iaitu YBhg. Datuk Hajah Dg. Balbangsa binti Datuk Hj. Bactiyal, Presiden IKSnita Sabah, En. Constantine Michael, Timbalan Pengarah Urusan (Operasi) serta pegawai-pegawai kanan YUM.
Antara objektif penganjuran majlis ini diadakan adalah;
1.Mengiktiraf dan menghargai sumbangan serta pencapaian warga organisasi yang menunjukkan prestasi kerja cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan.
2.Memberi penghormatan kepada kakitangan yang bersara atas jasa, dedikasi dan komitmen mereka terhadap pembangunan dan kemajuan organisasi.
3.Menyemarakkan semangat kerja berpasukan serta memperkukuhkan hubungan silaturahim antara pengurusan dan seluruh warga kerja.
4.Meningkatkan motivasi dan moral warga YUM agar terus berusaha mencapai tahap kecemerlangan yang lebih tinggi.
5.Membudayakan nilai penghargaan dan apresiasi sebagai teras organisasi bagi mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan produktif,
6.Memberi ruang kepada kakitangan untuk berkumpul sebagai satu keluarga besar dan berinteraksi secara lebih mesra.
7.Memupuk nilai-nilai murni YUM serta menanam semangat kecintaan terhadap organisasi.
Selain pengiktirafan dan penyampaian hadiah, kakitangan turut menyampaikan lagu-lagu selingan. Di samping itu juga, cabutan bertuah dan pertandingan best dress bagi lelaki dan wanita turut diadakan.
