PAMERAN PROGRAM MAHRAJAN MAULIDUR RASUL SAW SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT NEGERI SABAH 1446H/2024M

YUM telah menyertai pameran Program Mahrajan Maulidur Rasul SAW sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1446H/2024M yang telah dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Program ini telah berlangsung selama empat hari iaitu pada 09 hingga 12 September 2024 bertempat di Podium Utama Wisma Muis, Kota Kinabalu.

Beberapa pengisian program telah dilakukan seperti pameran Agensi dan Jualan IKS, Pemeriksaan Kesihatan, Derma Darah, Pertandingan Bercerita, Deklamasi Sajak/Puisi, Mewarna dan beberapa program lain.

Sebahagian kakitangan yang terlibat bertugas
Sijil Penyertaan telah disampaikan oleh Datuk Seri Yahya Hussin, Yang Dipertua MUIS

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *