MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2026 PENGARAH URUSAN YAYASAN USAHA MAJU

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2026 PENGARAH URUSAN YAYASAN USAHA MAJU

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU PENGARAH URUSAN YAYASAN USAHA MAJU

Majlis Amanat Tahun Baharu Pengarah Urusan Yayasan Usaha Maju telah berlangsung di Dewan Mataking, Perpustakaan Negeri Sabah pada 29 Januari 2026. Majlis ini telah dihadiri oleh kakitangan Ibu Pejabat, Pejabat Kawasan dan Pejabat Cawangan.  Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Urusan, En. Constantine Michael dan pegawai-pegawai kanan YUM.

Majlis ini merupakan platform penting dalam menyatukan tekad dan iltizam seluruh warga YUM untuk terus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi.

Antara objektif majlis ini diadakan adalah seperti berikut:

1. Menyampaikan halatuju dan wawasan Yayasan  Usaha Maju bagi tahun 2026.

2.Memberikan motivasi kepada kakitangan untuk mencapai sasaran organisasi.

3.Mengukuhkan hubungan di antara pihak pengurusan dan kakitangan.

Bagi membaca amanat Pengarah Urusan Yayasan Usaha Maju sempena tahun baharu 2026, sila tekan: Lebih Lanjut

En. Roseli bin Sindong, Pengarah Urusan sedang menyampaikan amanat
En. Abdul Rasdizal Abdul Rasid mengetuai bacaan ikrar kakitangan manakala En. Mohd. Norfitri Zulfikri Jaidi memimpin bacaan doa
Barisan pengurusan YUM yang hadir
Kakitangan yang hadir
En. Dulin Yumis, Pengurus Cawangan Tenom menerima Sijil Penghargaan Penarafan 5 Bintang bagi Cawangan Tenom
Cik Kemmy Wong Yen Yen, Pelatih Industri menerima Sijil Penghargaan daripada Pengarah Urusan
Barisan Pengurus Cawangan yang mendapat Penarafan Bintang
Gambar kenangan bersama Pengarah Urusan dan kakitangan YUM

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *