YUM melakar sejarah baharu tersendiri dalam penyertaan di KSMOF apabila muncul juara keseluruhan KSMOF edisi ke-10 pada tahun 2019. Sebanyak 14 buah pasukan (Jabatan/Agensi di bawah MOF) telah menyertai KSMOF dalam edisi kali ini. Pengumuman rasmi kemenangan YUM dan penyampaian Piala Pusingan KSMOF Menteri Kewangan kepada YUM telah disempurnakan oleh YB Tuan Kenny Chua, Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah yang mewakili YAB Ketua Menteri Sabah Merangkap Menteri Kewangan Negeri Sabah semasa Gala Night KSMOF 2019 pada 24 November 2019, iaitu majlis makan malam khusus bagi meraikan para atlet dan pegawai-pegawai Sukan dan semua yang terlibat di dalam KSMOF pada kali ini, di Hilton Hotel Kota Kinabalu. Kejayaan YUM ini juga telah berjaya memecah dominasi pasukan-pasukan lain, terutama Pasukan MOF.
Nama dan reputasi pencapaian YUM dalam sukan di peringkat Kementerian Kewangan Negeri Sabah kini mekar di setiap jabatan dan agensi yang berada di bawah naungan Kementerian Kewangan Negeri Sabah. Piala Pusingan KSMOF akan berada dalam simpanan YUM sehingga penganjuran KSMOF seterusnya iaitu pada tahun 2022. Semoga ‘Semangat Pasukan YUM’ akan terus bersinar di dalam KSMOF seterusnya demi untuk misi mempertahankan kejuaraan dan Piala Pusingan yang dimenangi.
RINGKASAN PENCAPAIAN PASUKAN YUM DALAM KSMOF KALI KE-10 TAHUN 2019
BIL. | SUKAN | PENCAPAIAN |
---|---|---|
1. | TEN-PIN BOWLING | TEMPAT KELIMA |
2. | KAROM | PERINGKAT KUMPULAN |
3. | DART | SUKU AKHIR |
4. | BADMINTON | PINGAT EMAS |
5. | FUTSAL LELAKI | PINGAT EMAS |
6. | FUTSAL WANITA | SUKU AKHIR |
7. | BOLA TAMPAR | PINGAT EMAS |
8. | PING PONG | TEMPAT KEEMPAT |
9. | SUKANEKA | TEMPAT KEDUA |